Friday, December 3, 2010

SYSTEM LUPUS ERYTHEMATOSUS ( S.L.E)

merindui sorang sahabat yang sangat comel , manja , cantek & baek,
beliau telah pergi dijemput ILLAHI pada 06.02.2010
ketika beliau masih belajar ! beliau menghidap S.L.E.
org mesti tanye apa tuh penyakitnye :
now aq nak share lil.bit pasal sakit S.L.E neh :
Merupakan satu penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan 
sistem pertahanan tubuh (auto imun).Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel 
dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda-benda asing. 
Sistem pertahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan
organisma yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada
serangan jangkitan organisme berkenaan.Walau bagaimanapun, bagi seorang pesakit SLE,
antibodi yang terhasil telah bertindak menyerang selsel tubuh sendiri.
S.L.E
SYMPTOMS S.L.E:

⇑ Sakit pada sendi
⇑ Demam berlarutan
⇑ Keletihan
⇑ Ruam-ruam pada kulit muka dan badan
⇑ Anemia
⇑ Sensitif pada cahaya matahari
⇑ Ulser mulut
⇑ Keguguran rambut
TYPE OF S.L.E :
1) Discoid Lupus Eritematosus (DLE)
⇑ Melibatkan kulit sahaja
⇑ Tidak melarat ke organ tubuh yang lain
2) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
⇑ Boleh merebak ke organ-organ lain
⇑ Boleh membawa maut
CAUSES S.L.E :
⇑ Jangkitan virus
⇑ Hormon
⇑ Faktor persekitaran
⇑ Keturunan
DIAGNOSE S.L.E ;
A. Kulit
⇑ Kulit muka menjadi merah apabila terdedah pada cahaya matahari (photosensitivity)
⇑ Discoid rash - ruam pada kulit sahaja
⇑ Ulser mulut
⇑ Malar rash

B. Organ
• Kegagalan fungsi buah pinggang
• Masalah pada sistem saraf seperti strok, psikosis dan radang saraf
• Sakit sendi (arthritis)
• Radang pada lapisan jantung atau paru-paru (serositis)

C. Ujian Makmal
⇑ Keputusan ujian imunologi dan sistem pendarahan yang abnormal.
⇑ Ujian antobodi nuclear factor (ANF).Dianggarkan 95 % penghidap SLE mempunyai ANF positif.

P/S ; AL-FATIHAH bwt ALLAHYARHAMAH NURAMEERA BT AZLAN..
smoge roh beliau dicucuri rahmat..
SPECHLESS without u dear ! :(

2 comments: